TEMA : Alam Hidupan
SUBTEMA : Haiwan Jinak
MASA : 60 minit
TUNJANG UTAMA : Tunjang Bahasa Dan Komunikasi (Bahasa Melayu)
KESEPADUAN : Tunjang Sains dan Teknologi & Tunjang Kreativiti dan Estetika
STANDARD PEMBELAJARAN UTAMA:
- (BM 1.1.9) Membezakan jenis bunyi yang ada di persekitaran
- (BM 1.1.13) Mendengar dan memberi respons terhadap perbualan, permintaan, cerita, lagu.
STANDARD PEMBELAJARAN YANG TELAH DISEPADUKAN
- (ST 3.4.1) Menamakan haiwan yang biasa dijumpai.
- (ST 3.4.2) Mengecam bunyi haiwan yag biasa dijumpai.
- (ST 3.4.6) Mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya.
- (KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran, murid dapat
- Mengenal bunyi haiwan jinak
- Mengetahui nama haiwan jinak
- Mengklasifikasikan haiwan jinak yang berkaki dua dan berkaki empat
- Mengklasifikasikan haiwan jinak yang bertelur dan beranak
- Menyebut nama bahagian badan kucing
BAHAN BANTU MENGAJAR
- Video Haiwan Jinak
- Slaid Powerpoint Haiwan Jinak
- Slaid Powerpoint Kucing
- Kuiz Meneka Bunyi Haiwan Jinak
- Bunyi-bunyi Haiwan Jinak
- Video Lagu Bunyi Binatang (Vokal & Tanpa Vokal)
PENGETAHUAN SEDIA ADA
- Murid-murid pernah melihat haiwan jinak di rumah.
- Murid-murid ada memelihara haiwan jinak
AKTIVITI
- Guru memainkan bunyi haiwan jinak yang telah dirakam.
- Murid-murid cuba meneka bunyi haiwan jinak yang telah dimainkan.
- Guru menayangkan video haiwan jinak @ haiwan peliharaan.
- Murid-murid menamakan haiwan jinak yang dilihat.
- Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang haiwan jinak.
a) Apakah nama haiwan ini?
b) Di manakah haiwan ini tinggal?
c) Bagaimanakah bunyi haiwan tersebut?
- Guru manayangkan slaid haiwan jinak.
- Guru membimbing murid-murid mengklasifikasikan haiwan jinak tersebut dari segi:
a) Proses kelahiran @ Pembiakan (bertelur/ beranak)
b) Bentuk fizikal (berkaki dua/ berkaki empat)
- Guru menayangkan beberapa gambar kucing kepada murid-murid.
- Guru memperkenalkan bahagian-bahagian badan kucing menggunakan slaid powerpoint.
- Murid-murid menamakan bahagian badan kucing dengan bimbingan.
- Untuk menguji murid, guru memanggil beberapa orang murid untuk mencuba latihan yang terdapat di dalam blog.
- Guru menyebut nama bahagian badan kucing dan murid menggunakan tetikus untuk menekan gambar yang betul.
- Guru mengadakan kuiz meneka bunyi haiwan jinak.
- Murid-murid dibahagikan dalam 5 kumpulan kecil.
- Guru memainkan bunyi haiwan yang terdapat di dalam slaid powerpoint "Mari Meneka Bunyi Haiwan".
- Secara bergilir-gilir, kumpulan menyebut nama haiwan berdasarkan bunyi yang dimainkan dan mengklik pada gambar yang betul.
- Guru bertanya kepada murid-murid apakah yang telah dipelajari pada hari ini.
- Guru membimbing murid-murid menyanyikan lagu "Bunyi Binatang" dengan iringan video muzik.
0 comments:
Post a Comment