RSS
Post Icon

STORY BOARD



STORY BOARD
KPD 3026



Rounded Rectangle: RASYID B AHMAD –PPG 30817/11
FAUZIAH BT KAMRI – PPG 30884/11
JESSICA JAU IMANG - PPG 30834/11
ISMANTO BIN WAHAB – PPG 30885/11
NORIDAH BT SULAIMAN – PPG 30814/11
SYARIFAH ASMAH BT WAN SAMSUDIN –PPG 30818/11
 










DISERAHKAN KEPADA;
DR. AZIDAH BT ABU ZIDEN



SENARAI KANDUNGAN

BIL

PERKARA


MUKA SURAT

1

LAPORAN TUGASAN AHLI KUMPULAN


1

2


RANCANGAN HARIAN

2

3


AKTIVITI/LANGKAH-LANGKAH

3

4


STORY BOARD;LANGKAH 1

4

5


STORY BOARD;LANGKAH 2

5

6


STORY BOARD;LANGKAH 3

6

7


STORY BOARD;LANGKAH 4

7

8


STORY BOARD;LANGKAH 5

8

9


STORY BOARD;LANGKAH 6

9






LAPORAN TUGASAN AHLI

ISMANTO – PPG 30885/11
·         Mengumpul dan mengemaskinikan video setiap ahli.

NORIDAH BT SULAIMAN – PPG 30814/11
·         Mengumpul dan mengemaskinikan video setiap ahli.
 RASYID B AHMAD – PPG 30817/11
·         Memasukkan video dan story board ke dalam blog.

SYARIFAH ASMAH BT WAN SAMSUDIN –PPG 30818/11
·         Membuat story board dan laporan tugasan setiap ahli.

JESSICA JAU IMANG - PPG 30834/11
·         Memurnikan laporan dan story board ( hard copy )

FAUZIAH BT KAMRI – PPG 30884/11
·         Memurnikan laporan dan story board ( hard copy )










1


RANCANGAN HARIAN
TEMA : Alam Hidupan
SUBTEMA : Haiwan Jinak
MASA : 60 minit
TUNJANG UTAMA : Tunjang Bahasa Dan Komunikasi (Bahasa Melayu)
KESEPADUAN : Tunjang Sains dan Teknologi & Tunjang Kreativiti dan Estetika

STANDARD PEMBELAJARAN UTAMA:
§  (BM 1.1.9)  Membezakan jenis bunyi yang ada di persekitaran
§  (BM 1.1.13) Mendengar dan memberi respons terhadap perbualan, permintaan, cerita, lagu.

STANDARD PEMBELAJARAN YANG TELAH DISEPADUKAN
§  (ST 3.4.1) Menamakan haiwan yang biasa dijumpai.
§  (ST 3.4.2) Mengecam bunyi haiwan yag biasa dijumpai.
§  (ST 3.4.6) Mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya.
§  (KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran, murid dapat
1.      Mengenal bunyi haiwan jinak
2.      Mengetahui nama haiwan jinak
3.      Mengklasifikasikan haiwan jinak  yang berkaki dua dan berkaki empat
4.      Mengklasifikasikan haiwan jinak yang bertelur dan beranak
5.      Menyebut nama bahagian badan kucing

BAHAN BANTU MENGAJAR
§  Video Haiwan Jinak
§  Slaid Powerpoint Haiwan Jinak
§  Slaid Powerpoint Kucing 
§  Kuiz Meneka Bunyi Haiwan Jinak
§  Bunyi-bunyi Haiwan Jinak
§  Video Lagu Bunyi Binatang (Vokal & Tanpa Vokal)

PENGETAHUAN SEDIA ADA
1.      Murid-murid pernah melihat haiwan jinak di rumah.
2.      Murid-murid ada memelihara haiwan jinak


2

AKTIVITI/LANGKAH-LANGKAH
1.      Guru memainkan bunyi haiwan jinak yang telah dirakam.
2.      Murid-murid cuba meneka bunyi haiwan jinak yang telah dimainkan.

1.      Guru menayangkan video haiwan jinak @ haiwan peliharaan.
2.      Murid-murid menamakan haiwan jinak yang dilihat.
3.      Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang haiwan jinak.
            a) Apakah nama haiwan ini?
            b) Di manakah haiwan ini tinggal?
            c) Bagaimanakah bunyi haiwan tersebut?

1.      Guru manayangkan slaid haiwan jinak.
2.      Guru membimbing murid-murid mengklasifikasikan haiwan jinak tersebut dari segi:
            a) Proses kelahiran @ Pembiakan (bertelur/ beranak)
            b) Bentuk fizikal (berkaki dua/ berkaki empat)

1.      Guru menayangkan beberapa gambar kucing kepada murid-murid.
2.      Guru memperkenalkan bahagian-bahagian badan kucing menggunakan slaid powerpoint.
3.      Murid-murid menamakan bahagian badan kucing dengan bimbingan.
4.      Untuk menguji murid, guru memanggil beberapa orang murid untuk mencuba latihan yang terdapat di dalam blog.
5.      Guru menyebut nama bahagian badan kucing dan murid menggunakan tetikus untuk menekan gambar yang betul.

1.      Guru mengadakan kuiz meneka bunyi haiwan jinak.
2.      Murid-murid dibahagikan dalam 5 kumpulan kecil.
3.      Guru memainkan bunyi haiwan yang terdapat di dalam slaid powerpoint "Mari Meneka Bunyi Haiwan".
4.      Secara bergilir-gilir, kumpulan menyebut nama haiwan berdasarkan bunyi yang dimainkan dan mengklik pada gambar yang betul.


3
LANGKAH 6 Penutup (10 minit) 
1.      Guru bertanya kepada murid-murid apakah yang telah dipelajari pada hari ini.
2.      Guru membimbing murid-murid menyanyikan lagu "Bunyi Binatang" dengan iringan video muzik.

        Langkah 1 (5 minit)
·         Aktiviti set induksi iaitu guru memainkan bunyi haiwan jinak yang dirakam dan murid-murid cuba meneka bunyi haiwan tersebut.


4


    Langkah 2 (10 minit)
·         Guru memperkenalkan jenis-jenis haiwan dengan menayangkan video haiwan jinak kepada murid menggunakan paparan slide. Kemudian Murid-murid diminta menamakan haiwan jinak yang dilihat sambil bersoal jawab dengan guru.


5

     Langkah 3 (10 minit)
·         Guru mengklafikasikan haiwan jinak dengan menayangkan slaid haiwan jinak dari segi;
1.      Proses kelahiran (bertelur/beranak)
2.      Bentuk fizikal (berkaki dua/empat)




6

  Langkah 4 ( 10 minit)
·         Guru memperkenalkan bahagian – bahagian badan haiwan jinak menggunakan paparan slide.Kemudian, murid-murid diminta untuk mencuba latihan yang disediakan sebagai pengukuhan.



7


   Langkah 5 ( 15minit)
·         Guru mengadakan aktiviti kuiz meneka bunyi haiwan jinak secara berkumpulan  berdasarkan  rakaman bunyi haiwan.






8
  Langkah 6 ( 10 minit )
·         Sebagai penutup, guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang tema yang telah dipelajari. Akhir sekali, guru membimbing murid-murid menyanyikan lagu ‘Bunyi Binatang’ dengan  iringan video muzik.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment